Tuesday 19 August 2014

Matang dalam Perhubungan




  Dalam bercinta kalau kita tidak mempunyai sikap matang boleh dikatakan sangat senang untuk diruntuhkan oleh pihak ketiga.Bukan itu sahaja, jika masing-masing tidak mudah untuk memahami so jangan harap lah hubungan korang akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin ! Silap-silap terkandas ke tengah jalan beb !  Di sini saya sertakan beberapa Tips supaya anda dapat memahami apa itu erti " matang dalam perhubungan ".



Umur


Mungkin korang selalu menjadikan umur sebagai salah satu faktor  dalam perhubungan ! Betul tak ?
Umur bukan penentu kematangan okeyyy.Sebenarnya Usaha dan cara berfikirlah yang menentukan kematangan kita. Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta. Tolonglah jangan simpan sikap mahu menang sendiri jer ! Tanpa mengalah dan memperdulikan perasaan orang lain .
Cara Pergaulan
Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain .
Pertanyaan Soalan
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya . Adakah anda berasa bosan apabila Pasangan anda asyik bertanya soalan yang sama ?  Sama juga dengan Pasangan anda apabila anda asyik bertanyakan soalan yang sama sehingga jemu untuk menjawab pertanyaan tersebut .  (So korang faham kan maksud Pertanyaan soalan tu ? Sesekali cuba bertanyakan soalan yang terkini dan bukan soalan yang berulang setiap hari.)
 Belajar dari pengalaman


Orang tua pernah berkata “Pengalaman boleh mematangkan seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik dan elakkan daripada melakukan kesilapan yang berulang ! 
Jika dahulu anda gagal dalam percintaan maka jadikanlah kegagalan tersebut sebagai satu pengajaran untuk anda lebih menghargai percintaan (Tapi jangan pulak kau bercinta 24 jam! Boleh jadi bosan dikemudian hari , mula-mula jer beriya , lama-lama kelaut perginya huhu)
cinta 24jam Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta yer dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. (Ingat ! Kamu tu bukan budak sekolah lagi )
Beri masa untuk meluangkan aktiviti
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan perhatian . 
Stop ! Lelaki boleh muak kalau anda sentiasa merengek seperti anak-anak kecil apabila sesuatu yang anda mahu tidak dipenuhi oleh teman lelaki anda . Wanita yang matang pasti boleh berdikari sendiri tanpa bantuan sesiapa pun . betul tak? Perlu ker 24 Jam anda berkepit dengan Pasangan anda ? Nak Pergi kerja pun kena sms , sampai tempat kerja main sms , waktu rehat main sms , balik kerja pun masih sms dan yang lebih teruk lagi waktu nak mandi sanggup bawa handphone pergi dalam toilet semata-mata nak sms . Please lah . Pasangan anda pun perlu waktu untuk meluangkan masa bersama sahabat mereka , keluarga mereka dan beri mereka ruang untuk melakukan aktiviti mereka sendiri asalkan mereka tidak melupakan anda ! Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.  


Ubah penampilan anda
Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu
Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup .